Artikel ini banyak menceritakan tentang agama, fahaman tradisi dan sains dan teknologi....
Apa yang aku dapat fahami dan tafsirkan di sini ialah tentang penilaian dan kefahaman individu sendiri. Pemahaman aku mengenai bacaan ini ialah tentang kealpaan manusia...
Sememangnya di era globalisasi kini, kita banyak mengejar untuk kesejahteraan hidup seperti contoh mencari kesenangan dengan memiliki kerja yang baik, gaji dan rumah yang besar, dan boleh dikatakan serba serbi yang BAIK....
Namun harus diingatkan bahawa jangan disebabkan takut dilabelkan tidak mengikut peredaran masa maka kita WAJIB menukar segalanya....
Yerrrr....perubahan ada tika dan kalanya perlu, tetapi perlu kita sesuaikan dengan keadaan sekeliling....contoh yang paling dekat sekali ialah tentang anak aku yang akan disunatkan tidak lama lagi....acara sambutan yang dilakukan oleh pihak hospital ......sambutan itu dilakukan mengikut tradisi lama....penuh dengan adat kemelayuan...walhal jika dinilai ianya tidak perlu....tapi pandangan peribadi aku sendiri sebagai ibu....yerrr aku sangat teruja dan seronok dengan acara tradisi sebegini....
Kerana edaran waktu dan masa ...acara tradisi sebegini dilupakan....pembangunan hanya untuk melengkapkan kehidupan kita sahaja.....
Kesimpulannya
Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan atau pun tidak....ini tidak dinafikan .....kerana Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari apa sahaja ilmu asalkan tidak membawa kepada kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam....
No comments:
Post a Comment