Seminggu untuk memahami artikel Prof. Naquib....aku cuba untuk sedaya upaya aku untuk cuba memahami artikel ini..inilah yang dapat aku fahamkan....
Mengikut pemahaman aku...artikel ini memberi gambaran mengenai pandangan hidup dan alam tentang Islam... Namun begitu, mengikut Prof Naquib perspektif Islam bukanlah sekadar pandangan terhadap alam jasmani sahaja tetapi ianya melibatkan rohaniah...
Dimana umat Islam khususnya terlalu taksub pada keadaan duniawi sahaja walhal dalam sudut pandangan Islam itu sendiri memerlukan setiap umatnya mengambil kira hal - hal akhir zaman iaitu akhirat. Ini kerana hal yang berkaitan dunia hanyalah persediaan untuk ke akhirat...
Jika dilihat pada zaman kini...umat Islam terlalu alpa dalam mengejar kemewahan semata - mata untuk memenuhi tuntutan di zaman moden sehinggakan perkara - perkara yang sepatutnya menjadi tonggak hidup iaitu pegangan hidup hanya sandaran sahaja....Seperti contoh...amalan sembahyang lima waktu yang WAJIB itu, dipersendakan dengan cara melaksanakan secara sambil lewa dan seperti melepaskan batuk di tangga....
Cuba fikirkan ....'yang nasyid itu Islam....yang rock itu barat'
No comments:
Post a Comment