Di era globalisasi yang pesat dengan arus kemodenan masih terdapat lagi kepercayaan dan pemikiran yang kuno dan juga ortodok. Bagi pendapat aku sendiri ianya tidak salah kerana kita sebagai individu yang seharusnya merencanakan diri kita sendiri dalam menentukan sesuatu keputusan. Namun begitu keputusan yang diambil perlu juga mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan ianya mestilah berlandaskan syariat Islam....
Bersunat atau berkhatan, adalah satu amalan WAJIB yang perlu dilakukan oleh orang lelaki yang beragama Islam. Bagi aku sendiri anak lelakiku akan melaksanakan upacara ini pada 9hhb Disember 2013 yang akan dilaksanakan oleh KPJ. Apa yang dapat aku katakan amalan tradisi yang dilakukan oleh KPJ ini sangat membuatkan ibu bapa teruja kerana ianya memberi satu kelainan kepada anak -anak yang akan menempuh alam kedewasaan. Amalan - amalan sebelum melakukan upacara berkhatan ini perlu dilakukan atas dasar untuk mengurangkan ketakutan anak - anak sebelum di "potong".....dan memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kerana amalan ini hanya berlaku sekali seumur hidup di kalangan anak - anak lelaki. Amalan - amalan yang dilakukan ini seperti :-
Acara yang terakhir ialah mandi bunga....upacara ini sangat unik kerana dilakukan sendiri oleh ibu bapa pada anak - anak yang akan dikhatankan... Aku dan suami sangat tersentuh kerana sedar tak
sedar sudah meningkat usia perkahwinan kami dan usia anak sulung kami.....
Kesimpulannya....kesesuaian dan penerimaan amalan - amalan tradisi sebegini adalah bergantung kepada relevan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam....Ini kerana agama atau kepercayaan kepada Tuhan (Allah) merupakan satu unsur penting di dalam proses pembangunan dan perpaduan sesebuah Negara itu sendiri...Malaysia seumpamanya mempunyai pelbagai jenis amalan tradisi yang masih diamalkan mengikut bangsa masing - masing...seperti :-
Kaum Melayu:-
* tradisi bercukur
* tradisi membelah mulut
Kaum Cina:-
* nasab keluarga lelaki - menggunakan pangkal nama sebelah lelaki
* upacara bulan penuh / full moon
Kaum India:-
* upacara besar untuk menamakan nama anak mengikut bintang
* suami bagaikan tuhan
Nahh...contoh amalan - amalan sebegini masih lagi digunakan hingga ke akhir ini... walaupun telah berlaku anjakan paradigm yang disebabkan sains dan teknologi mengambil tempat...tetapi amalan - amalan tradisi, adat dan budaya juga perlu disanjung dan perlu dilihat sebagai sesuatu yang BERHARGA...contoh berkhatan yang dianggap sebahagian daripada tuntutan agama tidak boleh dipandang ringan....kita mestilah mengekalkan budaya warisan kepada generasi akan datang...
Mungkin sesetengah pihak bertanggapan tradisi harus dilupakan kerana ianya sudah lapuk dan tidak relevan dengan zaman kini TETAPI...pendapat aku ...tradisi haruslah selari dengan arus kemodenan dan kita sebagai umat Islam harus tahu untuk membezakan PATUT dan TIDAK PATUT untuk melaksanakan...agar kita tidak jatuh syirik dan khurafat...