Friday, 18 October 2013

TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN ( SOLEHAH ISHAK)

Pendapat peribadi saya, penulisan Solehah Ishak mudah difahami dan "straight forward"....
Bagi saya apa yang paling dominan di dalam penulisan ini ialah tentang MAKNA....

MAKNA..terlalu banyak yang boleh diinterpretasikan:-
* lisan - bukan lisan
* tersirat - tersurat
* implisit - eksplisit


Bagi saya pemahaman tentang MAKNA banyak berlaku di sekeliling kita, ianya berlaku dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Lebih - lebih lagi jika ianya melibatkan teks. Melalui teks banyak hasilan makna yang boleh didapati mengikut persepsi individu masing - masing

Setiap individu mengecam dan memahami makna mengikut apa yang di lihat dan juga apa yang mereka alami. Bagi saya sendiri contoh yang mudah adalah ketika di dalam kelas. Suka saya kaitkan dengan tugas hakiki saya sebagai pendidik. Kelas yang dipenuhi dengan 38 orang murid (kelas kedua terakhir) (lelaki dan perempuan)...masing - masing mempunyai pewatakan yang berbeza dan juga latar belakang yang berbeza. Setiap hari diberi latihan untuk mengasah dan memberi lebih kefahaman kepada anak didik apa yang telah diajar. Namun "outcome" yang diperolehi pada keesokkan harinya sangat berbeza dan tidak seperti yang diharapkan....Perbezaan yang paling ketara sekali ialah tentang perletakkan "HARI" dan juga "TARIKH" di buku latihan masing - masing....masih terdapat murid yang tidak mengikut apa yang disuruh. Disini telah menunjukkan bahawa pemahaman individu itu sangat berbeza. Mereka mentafsir dengan cara kefahaman mereka sendiri.

TEKS ...sememangnya menyampaikan MAKNA yang sangat berbeza...sekali lagi contoh yang boleh diberikan ialah di dalam kelas saya sendiri, dimana tentang penggunaan "TANDA BACA"...juga boleh menyebabkan pemahaman individu mentafsirkan makna dengan cara yang berbeza. Mungkin lahir maksud yang baik dan mungkin juga lahir maksud yang tidak baik. Ini kerana setiap TEKS akan dibaca mengikut intonasi dan ritma melalui tanda nokhtah, koma, seru, soal dan pelbagai lagi.


Kesimpulannya, kita sebagai individu perlu mentafsir setiap makna dengan cara yang bijak dan bukan cepat melatah. Ini kerana dengan salah pentafsiran boleh berlakunya hura - hara dan keadaan yang kucar - kacir. Oleh yang demikian, berfikirlah dengan cara yang bijak

Disini saya sertakan link mengenai pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz yang sangat bangga sebagai MELAYU....Beliau berpendapat melalui pantun juga sudah mencerminkan pemikiran bangsa....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&sec=Rencana&pg=re_10.htm

1 comment:

  1. Bagus kakak g...so hidup ini penuh denfan MAKNA...atau ayat2 trend sekarang tak de MAKNANYA....heh

    Kdg2 org salah MAKNA terhadap seseorang tu...

    ReplyDelete