Tuesday, 1 October 2013

KETAMADUNAN MELAYU ADALAH KETAMADUNAN ISLAM

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/


Kehilangan perkataan Melayu dalam kehidupan hari ini seperti mana yang berlaku dalam ‘bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia’, ‘bangsa Melayu kepada bangsa Malaysia’, ‘kebudayaan Melayu kepada kebudayaan Malaysia’, (atau boleh berlaku Raja-raja Melayu kepada Raja-raja Malaysia?), sebenarnya adalah tindakan pemisahan dan peruntuhan ketamadunan Islam yang telah mewujudkan masyarakat yang berdaulat di rantau ini. Ketamadunan Islam yang selama ini adalah tamadun yang berkuasa dan berdaulat kini sedang dilumpuhkan oleh cita-cita sekular yang bergerak dalam obsesi neo-liberal, neo-kapitalis, dan kenegaraan tanpa bangsa. Proses masyarakat majmuk bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan Melayu-Islam, bahkan lebih hebat dan kompleks dari sekarang, namun kekuasaan dan kedaulatan Melayu-Islam itu, di samping menjadi penstabil kepada proses masyarakat majmuk tersebut, turut memainkan peranan menyatupadukan semua kaum dan agama dalam suatu bentuk tata-peraturan yang harmoni tanpa membuang kedaulatan peribadi Melayu-Islam. Bahkan ia memperkuatkan lagi ketamadunan Melayu-Islam yang sedia wujud.


Aku amat tertarik ngan perenggan ni....

Aku boleh kaitkan petikan ini dengan tugas harianku jugak....

Sebagai pendidik menjadi kebingungan dan tanda tanya gak....sebab....
Buku - buku teks di sekolah rendah di tulis Bahasa Malaysia (pada cover).....tapi di kala peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) di tulis Kertas Bahasa Melayu....ermmmm mane erkkk silapnyer....dah confirm2 x sama...

Kadang - kadang wat aku keliru sebab mane satu yang aku nak guna...sudah pasti untuk Tahap 1 (Darjah 1-3) digunakan Bahasa Malaysia....Tahap 2 (Darjah 4-6) Bahasa Melayu....

Kalaulah aku mengajar kelas Tahap 1 & Tahap 2...penggunaan manakah yang harus di gunakan???
Aku sendiri...ikut apa yang tertulis di Cover Buku Teks....

Setakat ni..aku berjaya.... :)


No comments:

Post a Comment