Wednesday, 30 October 2013

KELAS 28/10/2013

Bertemu lagi kita di alam maya....

Ermmmm ape yang nak ckp erk....
Well....hujung2 thn mmg hari2 yang sendat, ketat, padat dannnn penatttt....yang teruknyer...aku sakit...flu, cough n feverrrrr....
Sebagai warna pendidik banyak kerja-kerja yang perlu di selesaikan.....dateline makin hampir....

So study pun nak kena kejar.....
Minggu ni kami dikehendaki membentangkan kerangka untuk esei yang berkaitan dengan sastera moden dengan menggunakan pendekatan Solehah Ishak....

Agak sukar tp ku kuatkan semangat dengan berpegangkan prinsip AKU MAMPU untuk melakukannya....


Sunday, 27 October 2013

GET READY 4 TOMORROW....

Setakat ni...masih mampu untuk senyummmm....setiap hari yang di lalui semakin mencabar....banyak kerja2 yang still pending.....tp akan klu gagahi jua.....

So esok pembentangan individu...selama dlm kelas Dr.Mas ini lah kali pertama pembentangan secara solo....

Nog....u can do it.....GO ....NO-G ....GO....  :)

KERJA LAPANGAN... 26-27/10/2013

Akhirnyaaaa......yang di tunggu telah tiba....

Dua hari berjaya menyiapkan batik....x sangka sangat2 mencabar.....KERANA
* kerja yang sangat2 rumit
* memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...aku ni bukan jenis yang penyabar...tetapi memikirkan
   banyak benda yang aku korbankan aku perlu menyiapkan tugasan ini.....
* sakit pinggang  ngan belakang.....mcm2 cara nak kena siap kan....

Jadi berkat ketabahan dan kesabaran aku BERJAYA......


Monday, 21 October 2013

KELAS (21/11/2013)

Puassssss.....

Seronok sgt kelas ari ni.....mula2 mcm cuak jugakkkk....sb x tau ape aktiviti yang akan diberikan oleh Dr.Mas......

Dr.Mas membahagikan kumpulan untuk mengupas lebih mendalam tentang penulisan Ramli Isin...aku bersama adik Ashraf & adik Diana.....

Seronokkkk sb kami sependapat...dan sehabis baik memberikan pendapat kami....

Keseluruhannya....kelas ari ni sangat2 memberangsangkan dan HOTTTTT.....

Saturday, 19 October 2013

NOVEL - NOVEL MELAYU MUKHTAHIR : ANALISIS CERMINAN NILAI BUDAYA BANGSA ( RAMLI ISIN)




Sangat indah bahasa yang disampaikan....adakah individu yang lain akan mentafsir pandangan yang sama dengan saya?

Adakah masih ada lagi "sang dara bersimpuh ayu"?
Di zaman sekarang...Adakah "sang teruna menebang ara dengan berbaju Melayu"?
Ya!!! mungkin di zaman dahulu....tetapi tersangat sukar di Era Globalisasi sekarang...untuk mencari sang dara dan sang teruna yang MENJAGA adab dan tatasusila...mungkin ada tapi hanya 1 dalam 1000....atau mungkin lebih...

Hasil penulisan Ramli Isin banyak mengaitkan novel - novel yang seangkatan dizamannya ....jadi agak sukar untuk saya memberikan pandangan yang sama dengan penulisan Ramli Isin...melainkan saya membaca kesemua novel - novel yang telah disebutkan oleh beliau....
Bagi saya penceritaan novel - novel hanya di fahami oleh penulis itu sendiri dan tidak akan sama pendapatnya dengan orang lain...kerana kefahaman individu berbeza. Mungkin novel - novel itu hanya sedikit yang berkisar kepada zaman yang telah diceritakan...@ mungkin hanya keindahan yang diberikan kepada isi kandungan untuk memperkembangkan teknik penceritaan. Mungkinnnn..





Perbezaan dahulu dan sekarang...

Berbalik kita kepada karya novel dahulu dan sekarang...sangat ketara perbezaannya...Ini kerana di zaman saya....terlalu banyak didedahkan dengan novel2 percintaan (happy ending @ sad ending) dan  kekeluargaan (perbezaan pangkat, darjat, harta, keruntuhan institusi kekeluargaan)....Jika dibanding karya novel dahulu sangat menjurus ke arah keagamaan, kemanusiaan, dan semangat ukhuwah...

Yaaaa.....saya sangat bersetuju dimana novel sebenarnya merupakan satu alat media cetak yang mencerminkan nilai budaya bangsa....Lihat saja sekarang pada zaman cyber ini, novel - novel yang berkisar PERCINTAAN mendapat tempat di hati khalayak...dan bukan itu saja...novel yang membawa penceritaan yang menarik akan di "naikkan taraf" untuk dijadikan penceritaan di dalam pembikinan sesebuah filem....Ini seperti menunjukkan bahawa di kalangan muda - mudi kini sangat meminati novel yang ringan, senang ditafsir dan tidak terlalu berat. Mungkin di kalangan muda - mudi kini kurang rasa bertanggungjawab, cenderung kepada anasir - anasir luar atau lebih senang lagi muda - mudi kini lebih kepada mengambil jalan mudah iaitu berdiam diri. Disini secara tidak langsung novel itu sendiri telah mencerminklan nilai budaya bangsa...Walahualam....

Contohnya..novel Adam & Hawa..dimana penceritaannya berkisar tentang percintaan yang terlarang dan juga perbezaan darjat...situasi begini sememangnya mungkin berlaku dikalangan sesetengah bangsa yang berada di Malaysia....




Adam dan Hawa

Friday, 18 October 2013

TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN ( SOLEHAH ISHAK)

Pendapat peribadi saya, penulisan Solehah Ishak mudah difahami dan "straight forward"....
Bagi saya apa yang paling dominan di dalam penulisan ini ialah tentang MAKNA....

MAKNA..terlalu banyak yang boleh diinterpretasikan:-
* lisan - bukan lisan
* tersirat - tersurat
* implisit - eksplisit


Bagi saya pemahaman tentang MAKNA banyak berlaku di sekeliling kita, ianya berlaku dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Lebih - lebih lagi jika ianya melibatkan teks. Melalui teks banyak hasilan makna yang boleh didapati mengikut persepsi individu masing - masing

Setiap individu mengecam dan memahami makna mengikut apa yang di lihat dan juga apa yang mereka alami. Bagi saya sendiri contoh yang mudah adalah ketika di dalam kelas. Suka saya kaitkan dengan tugas hakiki saya sebagai pendidik. Kelas yang dipenuhi dengan 38 orang murid (kelas kedua terakhir) (lelaki dan perempuan)...masing - masing mempunyai pewatakan yang berbeza dan juga latar belakang yang berbeza. Setiap hari diberi latihan untuk mengasah dan memberi lebih kefahaman kepada anak didik apa yang telah diajar. Namun "outcome" yang diperolehi pada keesokkan harinya sangat berbeza dan tidak seperti yang diharapkan....Perbezaan yang paling ketara sekali ialah tentang perletakkan "HARI" dan juga "TARIKH" di buku latihan masing - masing....masih terdapat murid yang tidak mengikut apa yang disuruh. Disini telah menunjukkan bahawa pemahaman individu itu sangat berbeza. Mereka mentafsir dengan cara kefahaman mereka sendiri.

TEKS ...sememangnya menyampaikan MAKNA yang sangat berbeza...sekali lagi contoh yang boleh diberikan ialah di dalam kelas saya sendiri, dimana tentang penggunaan "TANDA BACA"...juga boleh menyebabkan pemahaman individu mentafsirkan makna dengan cara yang berbeza. Mungkin lahir maksud yang baik dan mungkin juga lahir maksud yang tidak baik. Ini kerana setiap TEKS akan dibaca mengikut intonasi dan ritma melalui tanda nokhtah, koma, seru, soal dan pelbagai lagi.


Kesimpulannya, kita sebagai individu perlu mentafsir setiap makna dengan cara yang bijak dan bukan cepat melatah. Ini kerana dengan salah pentafsiran boleh berlakunya hura - hara dan keadaan yang kucar - kacir. Oleh yang demikian, berfikirlah dengan cara yang bijak

Disini saya sertakan link mengenai pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz yang sangat bangga sebagai MELAYU....Beliau berpendapat melalui pantun juga sudah mencerminkan pemikiran bangsa....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&sec=Rencana&pg=re_10.htm

Monday, 14 October 2013

SALAM EIDUL ADHA

Salam EIDUL ADHA.....

Semoga erti pengorbanan ini difahami dan dihayati dengan bijaksana seiring dengan semangat cintakan AGAMA, BANGSA & NEGARA.....





Salam Sayang....

Mohd Ridzuan
Farah Noorzee
Muhammad Danieal Iskandar
Nurfarah Dania Aryana
Nurfarah Dareen Arysha



Tuesday, 1 October 2013

SEMPAT POSING...





ni la batch aku....
susah.... sama - sama susah...
senang ...sama - sama senang...
YANG PASTI......KAMI AKAN GRADE SAMA - SAMA....


" kejayaan ibarat bebayang yang sentiasa berada di sisi kita, ia tidak bergerak, tetapi kita yang menggerakkannya." - DR. ISMAIL ZAIN

UMAT MELAYU CERMINAN ISLAM


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article

Dari sudut pandangan aku sendiri....

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai....dan merupakan etnik yang mempunyai populasi yang MAJORITI....

Namun jika dibandingkan dahulu dan sekarang ...terlalu jauh bezanya...dari semua sudut Melayu semakin lemah dan terlalu mengikut hawa nafsu untuk mengejar sesuatu yang belum tentu menjadi milik kaum Melayu itu sendiri....

Beraninya aku berkata demikian...kerana terdapat banyak pengalaman dan peristiwa yang berlaku di sekeliling aku sendiri...

Contoh yang sangat mudah...

BULI!!!!

Dikalangan murid - murid sekolah terlalu banyak kes - kes buli membuli...dan ianya adalah dari bangsa Melayu sendiri...Jika ditanya mengapa berbuat demikian....jawapan yang diberikan:

  • saya suka - suka
  • saya x sengaja
  • ada kawan suruh

Jawapan yang diberikan di sini jelas menunjukkan bahawa PENGARUH RAKAN SEBAYA....ini tidak termasuk kes - kes yang lain...

Kesimpulannya...dari kecil sepatutnya setiap bangsa terutama Bangsa Melayu perlu bersama - sama menggembleng seluruh tenaga dan usaha untuk mewujudkan Melayu yang baik...Melayu yang bersatu padu, Melayu yang gemilang dan Melayu yang Gah di Persada Dunia.....Melayu yang kuat akan memberi imej ISLAM yang baik....InsyaAllah....

KETAMADUNAN MELAYU ADALAH KETAMADUNAN ISLAM

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/


Kehilangan perkataan Melayu dalam kehidupan hari ini seperti mana yang berlaku dalam ‘bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia’, ‘bangsa Melayu kepada bangsa Malaysia’, ‘kebudayaan Melayu kepada kebudayaan Malaysia’, (atau boleh berlaku Raja-raja Melayu kepada Raja-raja Malaysia?), sebenarnya adalah tindakan pemisahan dan peruntuhan ketamadunan Islam yang telah mewujudkan masyarakat yang berdaulat di rantau ini. Ketamadunan Islam yang selama ini adalah tamadun yang berkuasa dan berdaulat kini sedang dilumpuhkan oleh cita-cita sekular yang bergerak dalam obsesi neo-liberal, neo-kapitalis, dan kenegaraan tanpa bangsa. Proses masyarakat majmuk bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan Melayu-Islam, bahkan lebih hebat dan kompleks dari sekarang, namun kekuasaan dan kedaulatan Melayu-Islam itu, di samping menjadi penstabil kepada proses masyarakat majmuk tersebut, turut memainkan peranan menyatupadukan semua kaum dan agama dalam suatu bentuk tata-peraturan yang harmoni tanpa membuang kedaulatan peribadi Melayu-Islam. Bahkan ia memperkuatkan lagi ketamadunan Melayu-Islam yang sedia wujud.


Aku amat tertarik ngan perenggan ni....

Aku boleh kaitkan petikan ini dengan tugas harianku jugak....

Sebagai pendidik menjadi kebingungan dan tanda tanya gak....sebab....
Buku - buku teks di sekolah rendah di tulis Bahasa Malaysia (pada cover).....tapi di kala peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) di tulis Kertas Bahasa Melayu....ermmmm mane erkkk silapnyer....dah confirm2 x sama...

Kadang - kadang wat aku keliru sebab mane satu yang aku nak guna...sudah pasti untuk Tahap 1 (Darjah 1-3) digunakan Bahasa Malaysia....Tahap 2 (Darjah 4-6) Bahasa Melayu....

Kalaulah aku mengajar kelas Tahap 1 & Tahap 2...penggunaan manakah yang harus di gunakan???
Aku sendiri...ikut apa yang tertulis di Cover Buku Teks....

Setakat ni..aku berjaya.... :)


KELAS KETIGA 30/9/2013

Kelas yang ketiga di adakan di Makmal Komputer..... Sebelum tu ...Aku, Ita, Dila & Nurul terus ke pejabat untuk mengambil borang proposal....

Ok...tiba waktu kelas...

Kami semua terus kena wat blog sendiri....Ya Allah....terkial - kial aku nak wat...dengan internet macam siput...adoiiii

Namun begitu, kami Berjaya untuk create jer blog....yang simple2 jerr....nak grand2 memang x mampu la....

Blog Aku ..... NOGRAHIM.....yeahhhhhhhh

KELAS KEDUA 23/09/2013

Kelas kedua...ermmmm sepatutnya kelas pada 16 September 2013...tp sebab on that day hari cuti umum...kelas di bawa ke minggu selepasnya....23/9/2013...

So Dr.Mas telah memberi tugasan untuk menggantikan kelas 16/9....dengan membaca 'buku ayam'...dalam minggu tu puas aku membaca 'buku ayam' ni tapi ada yang faham dan ada yang x faham.....confirmmmm memang byk yang x faham dari yang faham....

Cuba dan terus mencuba....

Tiba masanya.....

Kelas kedua pun bermula dengan perbincangan tentang apa yang kami semua faham dengan 'buku ayam'....semua memberi pandangan dan pendapat masing  - masing....

Tetiba...Dr. Mas memberi tugasan spontan / on the spot untuk membincangkan intipati 'buku ayam' dengan memberi soalan yang telah di sediakan...

Dalam masa yang singkat kami semua 3 kumpulan BERJAYA...

Akhir kelas...Dr.Mas telah memberi tugasan kepada kami semua untuk mempunyai blog sendiri dan juga Group SKMM6013 di FB....

KELAS PERTAMA SEMESTER 3

Kelas pertama aku utk sem ni... 9/9/2013 (Isnin)...

Kelas pengenalan dan suai kenal...
Kerja yang pertama aku ngan kawan - kawan kena dapatkan buku ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU.....(buku ayam)...

So....kelas habis jer...kami (aku, Ita, Dila, Nurul & Syah) berjalan nak ke tempat 'buku ayam' dijual....
Orang pertama yang masuk ke kedai buku ...ermmmm Ita ngan Syah....mata melilau mencari 'buku ayam' ni....

Aku ngan Dila masuk ke kedai dengan mata punnnn sama ngan Ita & Syah....x sampai 1 minit....mata aku terus ternampak 'buku ayam'...aku terus berlari untuk mendapatkan 'buku ayam' ni...ape lagi si Ita ngan Syah berebut sampai tertonggeng semata - mata untuk mendapatkan bahagian masing - masing....AKHIRNYAAAAAAA

Ketawa x ingat kita orang...sebab dah tua - tua pun masih berebut semata -mata untuk mendapatkan ILMU....