Monday, 16 December 2013

KELAS TERAKHIR 16/12/2013

Ermmmm...tajuk pun dah last...so hari ni last kelas tuk kelas elektif aku....tanpa sedar...pejam celik..pejam celik dah abis kelas SKMM6013.....

Ok...tugasan tuk minggu ni..kami sekelas dikehendaki untuk memilih mane2 link dan kaitkan dengan artikel yang telah dipelajari di dalam kelas.....tugasannya memberi pendapat dan pemahaman berserta analogi...

Mase yang ditunggu telah tiba..aku orang ketiga bentang selepas Ita....dengan rase cuak, takut aku teruskan jua ape yg telah aku siapkan....so kita tunggu markah je la....nak gred ape erk??? Mestilah nk yg terbaikkkk sb nak naikkan pointer...huhuhu....dapatkah???...InsyaAllah...

Tp apa yang paling penting aku dapat pengalaman baru...belajar sesuatu yang baru dan mendapat "harta berharga" iaitu ILMU....aku tetap bersyukur.....n assignment kami akan dihantar melalui email...

Well kami habis kelas dlm jam 5 petang...kami sempat mengambil gambar bersama tetapi tidak bersama lecturer kami Dr.Mas....sb Dr.Mas rushing....InsyaAllah...kena wat gathering ngan Dr...ngetehhh..

Akhir sekali....semua yg berlalu adalah KENANGAN TERINDAH....

Geng SKMM6013





Saturday, 14 December 2013

Kenangan Terindah

Well....
Minggu ni banyak kenangan2 yang terbaru untuk dikongsikan.....

9/12/02013
Anak sulungku Muhammad Danieal Iskandar...akhirnya selamat dikhatankan....Syukurrr Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....Suamiku yang menemani anaknyer di bilik bedah....
Aku hanya melihat rakaman yang dirakam oleh suamiku...ngeri dan kesian....

Aku hanya menunggu di luar bilik pembedahan kecil....perasaan ku bercampur baur....
Segalanya selesai...anakku tidak menangis mahupun merengek....cuma semasa proses urin yang pertama selepas khatan, anakku menangis...mungkin sakit....luluh hati mama....sabar yer sayang...

Selepas 5 jam di wad barulah Danieal dibenarkan pulang....dan bermula la hari2 ku menjaga orang yang berpantang...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....

13/12/2013
Hari yang ditunggu oleh batch aku...tuk kelas Seni Hias & Tekstil... Kami akan menjadi model batik yang di hasilkan oleh tangan kami sendiri....Wahhhhhh!!!!! Awesome, fabulous, fantastic, superb...hebattttt....segalanya berjalan dengan lancar...kami berempat bersama rakan sekelas yang lain ala-ala model yang hebat gitu memperagakan batik dengan penuh keyakinan dan keanggunan,...Wahhhhhh klas ko jahh....

Pengakhiran program itu aku, ita, nurul dan dila...mengadakan persembahan nyanyian dan tarian "Joget Siapa Dia".....

Ok syg2 semua..kita jumpa lagi yer....

Oh ya....Kelas terakhir Dr.Mas esok....huhuhu..berdebar - debar utk pembentangan esok...nak x nak perjuangan mesti diteruskan....Good Luck n All The Best tuk semun rakan kelas SKMM6013

Syg korang ketat2...syg Dr.Mas jugakk....muaaahhhh....

Monday, 9 December 2013

KONSEP TA'DIB : TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM - 9/12/2013

Salam....

Pendapat saya, artikel ini banyak membincangkan tentang masalah keruntuhan akhlak yang disebabkan tentang kekeliruan ilmu dan keruntuhan adab di kalangan umat Islam terutamanya...

Di era globalisasi kini semakin banyak masalah keruntuhan akhlak yang terjadi..dan masalah ini telah menjadi tajuk utama dan perhatian oleh segenap lapisan umur...pelbagai jenis keruntuhan akhlak yang sedang melanda umat manusia tidak kira tua atau muda.....dan seperti biasa...semua orang menunding jari SALAH SIAPA.???  ....sampai kini tiada jawapan yang disuakan kepada pihak yang terlibat....hanya mengatakan salah pihak A, salah pihak B dan seterusnya...TETAPI...pihak yang sering dipersalahkan ialah Institusi Pendidikan.....MENGAPA??
Terlalu mudah untuk dipersalahkan..

Bagi aku sendiri jika ramai orang menunding jari kepada Institusi Pendidikan aku sangat2 tidak bersetuju..dan marah...kerana mereka - mereka yang menunding jari tidak berada di tempat dan situasi kami sebagai warna pendidik..
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sudah menjanjikan  USAHA BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI "JERIS" (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosio) BERDASARKAN KEPERCAYAAN & KEPATUHAN KEPADA TUHAN...Nahhhh disini sudah disebutkan kepercayaan dan juga kepatuhan...
Aku mendidik anak - anak yang berumur 7-12 tahun....di awal usia sebegini sudah tentunya segala keperluan JERIS di dahulukan.. Aku boleh memberi contoh dan perbandingan dengan 2 buah sekolah yang telah aku berkhidmat...Sekolah yang pertama terletak di bandar dan sekolah kedua adalah sekolah luar bandar....

SITUASI SEKOLAH PERTAMA - SEKOLAH BANDAR
- Perkara utama ialah anak - anak tidak mempratikkan budaya salam sebagai sapaan...baik melayu
  mahupun anak - anak bangsa yang lain
- Tiada bacaan doa ketika perhimpunan....setelah tahun ketiga barulah dipratikkan ...itu pun di
   sebabkan mendapat guru penolong yang baru dan beragama Islam
- Aktiviti2 keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul, Bacaan Yasin, Aktiviti sepanjang Ramadan
  tidak dilaksanakan....
Cukuplah tiga contoh ini...jadi fikirkan apa yang terjadi kepada anak - anak ini??

SITUASI SEKOLAH LUAR BANDAR
Hanya beberapa bulan sahaja aku berada di sekolah ini....terlalu jauh dan sangat2 ketara perbezaanya...
- Anak - anaknya sangat teruja untuk memberi salam dan bersalam denganku...walhal mereka tidak
  kenal siapa aku...ini bukan hanya anak - anak yang beragama Islam sahaja tetapi anak - anak bangsa
  India turut berebut untuk menyalami aku....budaya telah dipupuk...
- Bacaan doa sememangnya wajib sebelum perhimpunan dijalankan dan di penghujung tahun untuk
  Hari Kualiti murid - murid yang membacakan doa diberi penghargaan...memupuk minat
  mempelajari bacaan agama
- Aktiviti agama amat - amat dititikberatkan...segala aktiviti agama akan disambut secara besar -
  besaran

Ini contoh - contoh yang dapat aku berikan...sememangnya Pendidikan Agama Islam di Peringkat Rendah amat dititikberatkan. Melalui program JQAF untuk anak - anak yang beragama Islam lagi mampu menguatkan pegangan akidah anak - anak ini...yang menjadi permasalahan ialah apabila anak - anak ini meningkat dewasa...segala ilmu pengenalan dan ilmu pengetahuan lesap sama sekali...

Pendapat aku... Diperingkat yang lebih tinggi ini....anak - anak perlu dibimbing secara psikologi...dan ianya berbalik kepada perkara utama iaitu bermula di rumah..Dimana ibubapa  bukan sekadar mengajar teori tetapi mempratikkan segalanya dirumah..ibubapa perlu dan harus menyatakan yang haram atau yang halal...berserta adab dan tata susila yang mengikut Al-Quran dan Al- Sunnah...

...InsyaAllah paling tidak kita akan mengurangkan masalah keruntuhan akhlak...




























Monday, 2 December 2013

KELAS 2/12/2013

Haiiii....

Sedar x sedar dah bulan 12.... Cepat masa berlalu....
Hari ni..dlm sejarah aku .....sepanjang menyambung pelajaran di UKM....ini lah kali pertama kami satu batch dpt mkn bersama.....Syah paling lambat smpi...so kereta dia la jadi kuda tunggangan kami tuk lunch di Restoran Asam Pedas di Bangi...sebab Syah mengidam asam pedas.....

Kelas kami bermula pd pukul 3 ptg....dari bilik lepak kami di bilik siswazah kami trus ke lif utk trn ke kelas....kami terserempak dengan Dr.Mas.....Hihihihi.....nak tak nak....satu lif la kami turun ke kelas.....

Kelas kami hari ini dengan pembentangan intipati blog Ashraf dan Syah......kedua hero di dalam kelas kami memberi pendapat tentang Worldview of Islam.....Hebat adik - adikku....

Syah menceritakan pengalamannya ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.....di mana Syah menceritakan tuntutan agama sangat2 meluas di kalangan org2 minang.... Dimana kanak - kanak kecil sudah di asuh dan dididik dengan ajaran agama Islam..... Selain itu, Syah juga menerangkan serba sedikit tentang latar belakang dan adat - adat orang minang....

Perbincangan aktif di dalam kelas hari ini sangat seronok....byk ilmu pengetahuan yang kami kongsi..

Last word...
SHARING IS CARING.....




Friday, 29 November 2013

Bersunat / Berkhatan : Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan


Di era globalisasi yang pesat dengan arus kemodenan masih terdapat lagi kepercayaan dan pemikiran yang kuno dan juga ortodok. Bagi pendapat aku sendiri ianya tidak salah kerana kita sebagai individu yang seharusnya merencanakan diri kita sendiri dalam menentukan sesuatu keputusan. Namun begitu keputusan yang diambil perlu juga mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan ianya mestilah berlandaskan syariat Islam....

Bersunat atau berkhatan, adalah satu amalan WAJIB yang perlu dilakukan oleh orang lelaki yang beragama  Islam. Bagi aku sendiri anak lelakiku akan melaksanakan upacara ini pada 9hhb Disember 2013 yang akan dilaksanakan oleh KPJ. Apa yang dapat aku katakan amalan tradisi yang dilakukan oleh KPJ ini sangat membuatkan ibu bapa teruja kerana ianya memberi satu kelainan kepada anak -anak yang akan menempuh alam kedewasaan. Amalan - amalan sebelum melakukan upacara berkhatan ini perlu dilakukan atas dasar untuk mengurangkan ketakutan anak - anak sebelum di "potong".....dan memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kerana amalan ini hanya berlaku sekali seumur hidup di kalangan anak - anak lelaki. Amalan - amalan yang dilakukan ini seperti :-



Perarakan seperti orang berkahwin yang terdiri daripada pembawa (kompang, bunga manggar dan bunga telur). Dimana perarakan ini sedikit sebanyak dapat memberi kebanggaan kepada anak - anak yang akan disunatkan kerana mereka akan merasa sangat - sangat dihargai... Bak kata seperti raja sehari......selepas acara perarakan, anak -anak ini pula diraikan dengan acara silat...




Selepas itu, anak - anak ini diraikan dengan acara memotong pulut kuning. Kanak - kanak ini sangat2 teruja kerana kebiasaannya mereka memotong....Kali ini pengalaman baru mereka dikehendaki memotong Pulut Kuning......jika di tanya pendapat aku sebagai pemerhati, acara ini sangat tidak relevan kerana pulut kuning selalu dikaitkan dengan pemujaan dan jin - jin..... Namun begitu, jika ditanya pendapat sebagai seorang ibu .....aku sangat teruja kerana anak lelaki sulungku mendapat pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat....



 Usai acara pemotongan pulut kuning...anak - anak ini diraikan dengan upacara bersiram. Mengikut pembacaanku..... pada zaman dahulu anak - anak yang akan disunatkan akan direndam ke dalam sungai selama 3-5 jam untuk memudahkan acara 'potong ' ...secara tidak langsung juga memudahkan Tok Mudim "memotong".....Melalui arus kemodenan dan sains teknologi kini....acara ini masih dilaksanakan tetapi telah diberi nafas baru mengikut kesesuaian tempat dengan menggunakan hos bomba dan hanya boleh dilakukan oleh anggota bomba yang bertauliah....Di sini boleh dikatakan arus kemodenan boleh diguna pakai tanpa membuang amalan tradisi yang lama...ianya hanya perlu diubah suai mengikut keperluan....


Acara yang terakhir ialah mandi bunga....upacara ini sangat unik kerana dilakukan sendiri oleh ibu bapa pada anak - anak yang akan dikhatankan... Aku dan suami sangat tersentuh kerana sedar tak
sedar sudah meningkat usia perkahwinan kami dan usia anak sulung kami.....
 

Kesimpulannya....kesesuaian dan penerimaan amalan - amalan tradisi sebegini adalah bergantung kepada relevan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam....Ini kerana agama atau kepercayaan kepada Tuhan (Allah) merupakan satu unsur penting di dalam proses pembangunan dan perpaduan sesebuah Negara itu sendiri...Malaysia seumpamanya mempunyai pelbagai jenis amalan tradisi yang masih diamalkan mengikut bangsa masing - masing...seperti :-

Kaum Melayu:-
* tradisi bercukur
* tradisi membelah mulut

Kaum Cina:-
* nasab keluarga lelaki - menggunakan pangkal nama sebelah lelaki
* upacara bulan penuh / full moon

Kaum India:-
* upacara besar untuk menamakan nama anak mengikut bintang
* suami bagaikan tuhan

Nahh...contoh amalan - amalan sebegini masih lagi digunakan hingga ke akhir ini... walaupun telah berlaku anjakan paradigm yang disebabkan sains dan teknologi mengambil tempat...tetapi amalan - amalan tradisi, adat dan budaya juga perlu disanjung dan perlu dilihat sebagai sesuatu yang BERHARGA...contoh berkhatan yang dianggap sebahagian daripada tuntutan agama tidak boleh dipandang ringan....kita mestilah mengekalkan budaya warisan kepada generasi akan datang...

Mungkin sesetengah pihak bertanggapan tradisi harus dilupakan kerana ianya sudah lapuk dan tidak relevan dengan zaman kini TETAPI...pendapat aku ...tradisi haruslah selari dengan arus kemodenan dan kita sebagai umat Islam harus tahu untuk membezakan PATUT dan TIDAK PATUT untuk melaksanakan...agar kita tidak jatuh syirik dan khurafat...





 








Monday, 25 November 2013

KELAS 25/11/2013

Cuti sekolah....ermmmm  mcm x cuti jer....
Ngan keje2 sekolah yang perlu disiapkan....
Keje2 rumah walaupun ank2 dah di pos ke kampung....tp suami ada...perlu di Jaga
&
Keje2 sebagai pelajar.....

Well... I'm happy....

So...kelas smlm...aku x de geng...hwuaaaa....hwuaaaa.....memikirkan nati 9hb talk dapat nak datang aku gagahkan jua....sepatut ita ada...tetapi...kete ita lak rosak....sian ita....

Perbincangan kelas semalam mengenai 2 artikel yang telah diberikan oleh Dr.Mas sebelum ini....kedua2 artikel ini membincangkan topik yg sama...iaitu worldview of Islam....cuma 1 artikel menggunakan BI yang sangat berat untuk aku fahami...dan 1 lagi artikel dalam BM...yang lebih mudah dan straight forward....

Ikhlas aku cakap...dalam kelas Dr.Mas ini sangat2 menjadikan aku insan yang rasional dan bukan emosional.....cewahhhh.....sebab setiap apa yang dipelajari memaksa aku untuk berfikir kenapa? ....kenapa?....dan kenapa?...seronok rupanyerrrr....

Secara kesimpulan yang aku katakan ialah perubahan zaman, peredaran masa dan pembangunan pesat dari segala sudut sepatutnya memberikan kita lebih kepada akal fikiran kita untuk berfikir dengan bijaksana dalam menilai sesuatu benda @ perkara itu baik @ tidak....

Jangan jadi kan PERUBAHAN sebagai titik perubahan minda dan pegangan hidup kita....TETAPI jadikan PERUBAHAN sebagai satu titik permulaan untuk kita lebih matang, rasional dalam membuat sesuatu keputusan....KERANA KEPUTUSAN yang di buat pada HARI INI amat penting untuk hari ESOK dan MASA DEPAN......

DO THE RIGHT THINGS


Tuesday, 19 November 2013

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN - KHALIF MUAMMAR A.HARIS

Artikel ini banyak menceritakan tentang agama, fahaman tradisi dan sains dan teknologi....

Apa yang aku dapat fahami dan tafsirkan di sini ialah tentang penilaian dan kefahaman individu sendiri. Pemahaman aku mengenai bacaan ini ialah tentang kealpaan manusia...

Sememangnya di era globalisasi kini, kita banyak mengejar untuk kesejahteraan hidup seperti contoh mencari kesenangan dengan memiliki kerja yang baik, gaji dan rumah yang besar, dan boleh dikatakan serba serbi yang BAIK....

Namun harus diingatkan bahawa jangan disebabkan takut dilabelkan tidak mengikut peredaran masa maka kita WAJIB menukar segalanya....

Yerrrr....perubahan ada tika dan kalanya perlu, tetapi perlu kita sesuaikan dengan keadaan sekeliling....contoh yang paling dekat sekali ialah tentang anak aku yang akan disunatkan tidak lama lagi....acara sambutan yang dilakukan oleh pihak hospital ......sambutan itu dilakukan mengikut tradisi lama....penuh dengan adat kemelayuan...walhal jika dinilai ianya tidak perlu....tapi pandangan peribadi aku sendiri sebagai ibu....yerrr aku sangat teruja dan seronok dengan acara tradisi sebegini....
Kerana edaran waktu dan masa ...acara tradisi sebegini dilupakan....pembangunan hanya untuk melengkapkan kehidupan kita sahaja.....

Kesimpulannya
Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan atau pun tidak....ini tidak dinafikan .....kerana Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari apa sahaja ilmu asalkan tidak membawa kepada kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam....