Salam....
Pendapat saya, artikel ini banyak membincangkan tentang masalah keruntuhan akhlak yang disebabkan tentang kekeliruan ilmu dan keruntuhan adab di kalangan umat Islam terutamanya...
Di era globalisasi kini semakin banyak masalah keruntuhan akhlak yang terjadi..dan masalah ini telah menjadi tajuk utama dan perhatian oleh segenap lapisan umur...pelbagai jenis keruntuhan akhlak yang sedang melanda umat manusia tidak kira tua atau muda.....dan seperti biasa...semua orang menunding jari SALAH SIAPA.??? ....sampai kini tiada jawapan yang disuakan kepada pihak yang terlibat....hanya mengatakan salah pihak A, salah pihak B dan seterusnya...TETAPI...pihak yang sering dipersalahkan ialah Institusi Pendidikan.....MENGAPA??
Terlalu mudah untuk dipersalahkan..
Bagi aku sendiri jika ramai orang menunding jari kepada Institusi Pendidikan aku sangat2 tidak bersetuju..dan marah...kerana mereka - mereka yang menunding jari tidak berada di tempat dan situasi kami sebagai warna pendidik..
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sudah menjanjikan USAHA BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI "JERIS" (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosio) BERDASARKAN KEPERCAYAAN & KEPATUHAN KEPADA TUHAN...Nahhhh disini sudah disebutkan kepercayaan dan juga kepatuhan...
Aku mendidik anak - anak yang berumur 7-12 tahun....di awal usia sebegini sudah tentunya segala keperluan JERIS di dahulukan.. Aku boleh memberi contoh dan perbandingan dengan 2 buah sekolah yang telah aku berkhidmat...Sekolah yang pertama terletak di bandar dan sekolah kedua adalah sekolah luar bandar....
SITUASI SEKOLAH PERTAMA - SEKOLAH BANDAR
- Perkara utama ialah anak - anak tidak mempratikkan budaya salam sebagai sapaan...baik melayu
mahupun anak - anak bangsa yang lain
- Tiada bacaan doa ketika perhimpunan....setelah tahun ketiga barulah dipratikkan ...itu pun di
sebabkan mendapat guru penolong yang baru dan beragama Islam
- Aktiviti2 keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul, Bacaan Yasin, Aktiviti sepanjang Ramadan
tidak dilaksanakan....
Cukuplah tiga contoh ini...jadi fikirkan apa yang terjadi kepada anak - anak ini??
SITUASI SEKOLAH LUAR BANDAR
Hanya beberapa bulan sahaja aku berada di sekolah ini....terlalu jauh dan sangat2 ketara perbezaanya...
- Anak - anaknya sangat teruja untuk memberi salam dan bersalam denganku...walhal mereka tidak
kenal siapa aku...ini bukan hanya anak - anak yang beragama Islam sahaja tetapi anak - anak bangsa
India turut berebut untuk menyalami aku....budaya telah dipupuk...
- Bacaan doa sememangnya wajib sebelum perhimpunan dijalankan dan di penghujung tahun untuk
Hari Kualiti murid - murid yang membacakan doa diberi penghargaan...memupuk minat
mempelajari bacaan agama
- Aktiviti agama amat - amat dititikberatkan...segala aktiviti agama akan disambut secara besar -
besaran
Ini contoh - contoh yang dapat aku berikan...sememangnya Pendidikan Agama Islam di Peringkat Rendah amat dititikberatkan. Melalui program JQAF untuk anak - anak yang beragama Islam lagi mampu menguatkan pegangan akidah anak - anak ini...yang menjadi permasalahan ialah apabila anak - anak ini meningkat dewasa...segala ilmu pengenalan dan ilmu pengetahuan lesap sama sekali...
Pendapat aku... Diperingkat yang lebih tinggi ini....anak - anak perlu dibimbing secara psikologi...dan ianya berbalik kepada perkara utama iaitu bermula di rumah..Dimana ibubapa bukan sekadar mengajar teori tetapi mempratikkan segalanya dirumah..ibubapa perlu dan harus menyatakan yang haram atau yang halal...berserta adab dan tata susila yang mengikut Al-Quran dan Al- Sunnah...
...InsyaAllah paling tidak kita akan mengurangkan masalah keruntuhan akhlak...
No comments:
Post a Comment